Sunday, September 13, 2009

PROGRAM INSTITUT PENGAJIAN SWASTA

Pengambilan bagi kursus-kursus di bawah Institut Pengajian Swasta (IPS) dilakukan setiap tahun iaitu pada bulan DIS/JAN. Program-program yang dijalankan hanya 4 bulan sahaja di mana kursus-kursus ini lebih mengutamakan kemahiran kepada pelajar. Kursus-kursus ini boleh dilakukan sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Bagi mereka yang sedang bekerja, tidak perlu risau kerana Institut Generasi memberi peluang kepada anda mengambil kursus secara sambilan dan tempoh kursus masih lagi dalam proses 4 bulan. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah:

1) Sijil Pengurusan Pejabat

2) Sijil Aplikasi Komputer



3) Sijil Perakaunan Berkomputer


4) Sijil English Communication


Untuk keterangan lanjut,hubungi kami ditalian 03-20704081



SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INSTITUT GENERASI

SEJARAH INSTITUT GENERASI

Institut Generasi atau lebih dikenali sebagai Kolej Generasi ditubuhkan pada 1 December 1999 beralamat di 51-53 Jalan Leboh Ampang,50100 Kuala Lumpur. Pada awalnya organisasi mula beroperasi di tingkat 2 bangunan induk ini dan hanya menawarkan kursus-kursus jangkamasa pendek selama 3 1/2 bulan serta kursus-kursus yang berbentuk korporat, namun dalam jangkamasa "10 tahun" organisasi telah mengalami pelbagai revolusi yang amat pesat.

Bermula daripada satu tingkat kinni ianya berkembang menjadi 5 tingkat serta menjalankan program diperingkat sijil dibawah institut Pengajian Swasta, Kementerian Pelajaran Tinggi serta program sijil kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di bawah petauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pada tahun 2009,Generasi juga menjadi satu-satunya 'Pusat Pertauliahan' di Kuala Lumpur & Selangor yang diberi kepercayaan serta pertauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi menawarkan program SKM & DKM di dalam bidang "Pengurusan Perniagaan & Kesetiausahaan". Selain itu, Generasi turut diberi kepercayaan menjalankan program SKM & DKM di dalam bidang "Sains Komputer dan Pembangunan Laman Web" di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.Generasi mempunyai aspirasi yang amat tinggi bagi mengekalkan prestij dan juga nama serta menjadi salah sebuah institut pendidikan yang terbaik dan ternama terutamanya bagi golongan bumiputera di Malaysia.

LOKASI

No 51-53,Jalan Leboh Ampang,50100 Kuala Lumpur.

*1 minit jalan kaki dari LRT Masjid Jamek atau 6 minit jalan kaki dari Dataran Merdeka / Puduraya / Pasar Seni.