Sunday, September 13, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INSTITUT GENERASI

SEJARAH INSTITUT GENERASI

Institut Generasi atau lebih dikenali sebagai Kolej Generasi ditubuhkan pada 1 December 1999 beralamat di 51-53 Jalan Leboh Ampang,50100 Kuala Lumpur. Pada awalnya organisasi mula beroperasi di tingkat 2 bangunan induk ini dan hanya menawarkan kursus-kursus jangkamasa pendek selama 3 1/2 bulan serta kursus-kursus yang berbentuk korporat, namun dalam jangkamasa "10 tahun" organisasi telah mengalami pelbagai revolusi yang amat pesat.

Bermula daripada satu tingkat kinni ianya berkembang menjadi 5 tingkat serta menjalankan program diperingkat sijil dibawah institut Pengajian Swasta, Kementerian Pelajaran Tinggi serta program sijil kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di bawah petauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pada tahun 2009,Generasi juga menjadi satu-satunya 'Pusat Pertauliahan' di Kuala Lumpur & Selangor yang diberi kepercayaan serta pertauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi menawarkan program SKM & DKM di dalam bidang "Pengurusan Perniagaan & Kesetiausahaan". Selain itu, Generasi turut diberi kepercayaan menjalankan program SKM & DKM di dalam bidang "Sains Komputer dan Pembangunan Laman Web" di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.Generasi mempunyai aspirasi yang amat tinggi bagi mengekalkan prestij dan juga nama serta menjadi salah sebuah institut pendidikan yang terbaik dan ternama terutamanya bagi golongan bumiputera di Malaysia.

LOKASI

No 51-53,Jalan Leboh Ampang,50100 Kuala Lumpur.

*1 minit jalan kaki dari LRT Masjid Jamek atau 6 minit jalan kaki dari Dataran Merdeka / Puduraya / Pasar Seni.




18 comments:

  1. saya akan menghadiri temuduga utk jawatan pensyarah pengurusan hari ini di kolej generasi.
    sy rela berkorban apa sahaja utk anak bangsa. semoga perjuangan saya diredhai Allah...
    doakan sy berjaya...

    ReplyDelete
  2. Fikir betuiii sblm masuk generasi...

    ReplyDelete
  3. saya pernah belajar di sini.. pada pendapat saya sistem pengurusan berada pada tahap sederhana. saya minta agar pihak pengurusan dapat menyediakan kemudahan dan keselamatan sistem komputer yang lebih berkesan lagi di masa akan datang. dalam erti kata lain wujudkan atau rombakkan sistem sedia ada ke tahap yang lebih baik lagi..in term of keselamatan komputer (h/ware + s/w + utility + antivirus) yang canggih, efektif dan berkesan. dapat detect student yang buat hal-hal ni.. minta pertimbangkan pendapat saya ini..

    ReplyDelete
  4. sy pernah belajar kat sini...
    cuba cari kwn2 masa belajar sama kos dulu..
    sains komputer..
    ad ke org igt sy lg ke??

    ReplyDelete
  5. syarat² kelayakan? Full Time ke blajr kt cni?

    ReplyDelete
  6. ermm...time daftar xckp lak y ttp dkenekn byran kalo xmsuk kelas...skg kol ckp kene byr full wpn xjoin class...pe ctr nei???

    ReplyDelete
  7. Konvo dh ke yg tangguh2 hari tu. Sy x trima ape2 maklumat pasal tarikh baru konvo. Duit bayar abes dh. Byak kali tangguh ape citerrrr....

    ReplyDelete
  8. SIHIL DAH STAHUN SAYA TAK DAPAT. DUIT NAK CEPAT TAPI PELAJAR PUNYA SIJIL LANGSUNG TAKNAK BAGI . BUAT KERJA ENTAH MACAM MANA . PENIPU

    ReplyDelete
  9. Sy pn xdpt lg sijil dr pihak jpk..duit da byr hbes..ble call ckp 1 thun br keluar sjil.alsn diberi pihk kerajaan lmbt..sy tggu da 2 thn..xdpt jgk sijil.. Skg lg tkjut ble call no yg sme da xde dlm perkhidmtn..kecewa kne tipu

    ReplyDelete
  10. bungkus dah institut nie...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. institu ni mmg penipu besar.. duit dah bayar full dah setahun lebih exam sem 2 masih xdpt amik. dah la staff dan pengurusan kurang ajar... ko tgk aku akan report polis bukti semua dah ada...

    ReplyDelete
  13. Sijil tahap 1 dapat setiausaha junior dgn typing test. Sijil tahap 2 tak dapat katanya nanti kami bagi, dari tahun 2014, ni dah tahun 2020 dah 6 tahun, tak kan sijil x siap2. Kolej ni bukannya tutup, tapi dah berpindah ke tempat yg lain, rasanya ramai kawan2 sy yg belajar dgn sy ramai tak dapat sijil tahap 2. Kalau pergi tempat yg baru sama jugak kot jawapannya betul sy kata sampai kawan2 sy dah kahwin dan ada anak masih x dpt sijil lagi.project dah siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah mana kolej ni . Sy smpt amk tahap 1 setiausaha pjbt .thon 2012

      Delete
  14. Batch 2012 dari kelas 20 orang sampai tinggal 10 orang. Ramai brhenti sebab yuran masing-masing tak sama. Lecturers bagus tapi management yang gagal.

    ReplyDelete
  15. Penah keje sini dlu.. sni mmg management out. Kwsp staf tak dibayar. Tp dlm palyslip potong kwsp.

    ReplyDelete